Responsive Advertisement

5 Tip untuk Menjadikan Blog Anda Menarik dan BerkualitiStrategi Membina Blog Yang Hebat dan Mesra SEO

Blog merupakan alat pemasaran yang sangat berkesan bagi Internet Marketer
dan Usahawan Kecil dan Sederhana (SME).

Blog memberi keupayaan bagi pemilik blog itu untuk berinteraksi dan connected dengan prospek dan pelanggan secara online. Tidak semua blog yang diciptakan sama.

Oleh itu anda perlu memastikan untuk memasukkan unsur-unsur berikut ketika bina blog anda.

1. Pastikan Blog Anda Bersih (Keep It Clean)

Pastikan apabila pengunjung mengunjungi blog anda pada pertama kalinya mereka melihat sebuah blog yang dinamik dan ringkas.

Namun jika pengunjung mempunyai kesukaran untuk membaca blog anda, akan kehilangan trafik blog anda dalam masa yang singkat sahaja.

Secara umumnya, template yang mempunyai latar belakang putih atau berwarna terang di bawah teks adalah strategi yang terbaik untuk pengunjung membaca blog anda.

Teks anda haruslah bewarna hitam atau warna yang cukup gelap supaya blog anda mudah dibaca.

Gunakan font seperti Arial atau Verdana kerana font ini memudahkan membaca untuk membaca blog anda.

Elakkan menggunakan templete yang mempunyai latar belakang hitam. Jika anda

menggunakan template hitam, ini akan menyebabkan pembaca merasa sakit mata ketika membaca blog anda.

2. Letakkan Iklan yang Minimum di Halaman Utama Blog Anda

Strategi terbaik untuk memastikan pengunjung blog lebih lama di dalam blog anda adalah dengan memudahkan meraka bagi membaca posting-posting anda.

Jika mereka terganggu oleh iklan yang besar didalam halaman utama blog anda, mereka akan klik iklan tersebut dan mereka akan terus meninggalkan blog anda tanpa membaca kandungan berkualiti blog anda.

Jika anda ingin memasukkan iklan dihalaman utama, pastikan iklan tersebut dibuka di windows yang baru dan bukannya windows yang sama dengan blog anda (open in new window).

Jika anda ingin memasukkan iklan Google Adsense kedalam blog anda, pastikan anda memasukkan iklan tersebut di dalam posting dan page lain selain halaman utama.



3. Jangan Gunakan Pop Up Di Halaman Utama Blog Anda

Secara peribadi apabila saya dihadiahkan pop up berulang-ulang kali ketika melawat sesuatu blog, saya akan terus meninggalkan blog tersebut tanpa membaca kandungan blog tersebut.

Malah, ia sesuatu yang annoying apabila pop up tetap timbul setelah anda klik close browser anda.

Bagi saya itu adalah cara yang agak menjengkelkan kerana langkah ini akan memastikan pengunjung blog anda menyampah dengan blog anda dan tidak akan mengunjungi blog anda lagi selepas ini.

Apa yang penting didalam blog adalah kandungan blog anda dan bukannya iklan semata-mata.

Jika anda membina sebuah Sales Letter, tiada masalah jika anda ingin gunakan strategi ini. Tetapi dengan blog anda perlu guna kaedah berbeza.

Jika anda ingin memasukkan pop up, pastikan ia timbul selepas beberapa ketika pelawat memasuki blog anda.

Strategi ini perlu bagi memastikan pelawat blog anda mempunyai peluang untuk membaca dan berinteraksi dengan blog anda.

4. Pastikan Blog Anda Tidak mempunyai Masa Yang Lama untuk Loading

Sebuah blog yang terlalu perlahan untuk loading akan kehilangan pengunjung dalam masa yang singkat sahaja.

Memastikan blog anda beroperasi dengan lancar dan pantas bukanlah sesuatu yang boleh dikawal setiap masa.

Server hosting anda kadang-kadang mempunyai masalah setiap masa. Oleh itu, pastikan anda menggunakan hosting yang benar-benar berkualiti seperti Host Gator bagi memastikan masalah ini timbul secara minimal sahaja.

Pastikan anda menggunakan gambar yang bersaiz kecil, video yang di upload kedalam server yang lain seperti YouTube, dan kurangkan elemen flash didalam blog anda.

Bagi memastikan loading yang cepat dan pada masa yang sama tidak membebankan hosting anda, pastikan anda menggunakan cache plugin seperti Super Cache.

5. Mudahkan Navigasi Bagi Memastikan Pengunjung Kekal Di Dalam Blog Anda

Sertakan Search Widget, Sitemap, RSS feed, Related Post Plugin, Cloud Tag dan Categories bagi memastikan pengunjung berupaya untuk mengatahui lebih lanjut tentang blog anda dan kekal lebih lama.

Semakin lama pengunjung didalam blog anda, semakin kuat hubungan antara mereka dengan blog anda. Ini akan memastikan mekera menjadi pengunjung setia blog anda dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk anda…

untuk yang ingin belajar buat duit online bole berkunjung:redron.net

Jika anda ingin membina blog anda sendiri dengan mudah dan cepat, sila kunjungi Kelas Duit Blog saya. Saya sediakannya secara PERCUMA untuk anda.

Tags:belajar untuk memaksimal kan blog& website

Post a Comment

0 Comments